Finally…
YES! Finally i’m a teacher.. a real teacher.. hopefully bleh jd teacher yg best 4 my pupils..
dah masuk 2 mgu dah start posting.. katne? xla jauh sgt.. kat kompleks KLIA… best gak dah jd cikgu nih, walaupun mase kat IP dulu amik course lain, bila posting jd cikgu lain.. hehe.. maybe bila ditukarkan dr pengajian inggeris jd pendidikan khas byk hikmahnya.. yg paling berharga skali bila kita blajar menyayangi anak2 murid yg mcm2 kategori ‘khas’nya… ada yg terlebih aktif.. ada yg tersangat ‘blur’… ada yg bercerita x berhenti… ada yg dalam dunia diorg sndiri… ada yg tersangat sensitif… mcm2 la… tp yg penting, mcm mana pun keadaan diorg, kena la usaha tlg diorg… at least diorg bleh fikir mcm mana nk urus diri sndiri, mcm mana nk interact with each other.. hopefully, future diorg nnti terjamin… wlaupun diorg maybe xleh nk jd ’somebody’, diorg masih bleh tau nk sara diri sndiri and family…
hmm.. actually, ramai gak pemimpin & tokoh2 yg sebenarnya pd asalnya berada dlm category ‘khas’ ni.. ramai gak yg berjaya… so, x mustahil la if one day, my pupils pun bleh berjaya gak… ![]()
… semoga kerjaya yang Engkau berikan akan menjadikanku hamba yang lebih taat kepada-Mu… semoga keinsafan sentiasa berada di hatiku… semoga kasih sayang yang Engkau berikan untuk insan-insan istimewa ini takkan pernah putus… AMIN.
3 comments January 31, 2009
elnailyas
pedihnya rasa kehilangan…
Hari ni hari yang ke 45 pemergian arwah… Al-Fatihah. Semoga rohnya diberkati Allah. Amin.
Selasa lepas, buat pertama kalinya aku singgah ke tempat tu, setelah pemergian arwah. Sampai je, selepas parking btul2 menghadap bangunan tu.. tiba-tiba hati rasa sayu sangat… Sebak… Banyak sangat kenangan kat kawasan tu.. Especially bangunan yang btul2 berada kat dpan kereta ni… kat situ la mula-mula kenal arwah.. tempat kitorang sama-sama cari rezeki… sama-sama baru mula cari duit sendiri.. Masih terbayang-bayang kenangan dengan arwah… Banyak sangat… Dari status kawan se’office’, bertukar jadi tunang, kemudian menjadi isteri kepada seorang insan berhati mulia; Syaufik Effendi Ghazali.. Semua kenangan tu ada kaitannya tersendiri dengan tempat tu… Bukan sengaja pegi ke tempat tu untuk mengenang kisah lama, sebab ada urusan, makanya sampai ke tempat tu… kebetulan dah dekat, singgah jap amik surat-surat yang blum ditukar alamat. Tak sampai 5 minit, beberapa orang rakan turun bersama surat-surat milikku. Rasa sebak hati ditahan.. tak nak kesedihan nampak ketara. Kami berborak seperti biasa.
Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu, tabahkan hati ini.. Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang tahu bahawa setiap sudut kawasan tu ada kenangan yang tak boleh dilupakan..
Perbualan yang agak ringkas berlalu pantas. Seboleh mungkin menahan sedih serta sayu di hati. Sebaik masuk ke dalam kereta dan memandu pulang ke Putrajaya, air mata tak dapat ditahan lagi… Samalah macam skrg ni.. rasa sedih sangat…
Ya Allah, pedihnya rasa kehilangan…
4 comments October 29, 2008
elnailyas
“My Fondless Love”
He was my only treasure
A very precious one to me
Now my world is full of emptyness
For no more my darling will I see…
He is just like a rising sun
Which has not yet seen a full day
And my love for him is all in vain
Washed away by a full day’s rain…
And even a sea of bitter tears
Could not erase our loving years
When I think of you, I cry…
My darling I love you, I care
We’ll meet again somewhere up there.
Adapted from a poem by Lee Teong Guan
1 comment October 11, 2008
elnailyas
14 September 2008. Al-Fatihah.
Ahad, 14 September 2008. Tarikh yang tak pernah kusangka akan mencalit kenangan pahit dalam perjalanan hidupku. Pagi ahad seperti biasa, menjadi rutinku menguruskan puteri kesayanganku sambil menunggu kepulangan suami tercinta. Bilik, kukemas rapi, teringat pesan suamiku sambil bergurau; “Anis, nanti, tolong cakap kat ibu, ayah mintak tolong ibu basuhkan baju ayah ya..” Lalu kuambil baju-baju yang telah dipakai dan dimasukkan ke dalam mesin basuh. “Kesian ayah, penat keje. Cuma hujung minggu je ada orang yang boleh tolong uruskan pakaian ayah. Nak buat macam mana, ibu belajar, jauh pulak tu, kat Penang” detik hatiku. Pernah suamiku mengeluh, “Lambat betul nak tunggu bulan 12. Rindu nak hidup macam dulu. Isteri sentiasa disisi”.
Jam kulihat menghampiri jam 10.40 pagi. “Lagi 5 minit sampai la tu..” aku berbisik sendiri. 10.45 pagi, aku berdiri di balkoni rumah, menjenguk ke bawah, suamiku masih belum kelihatan. “Mungkin ayah singgah mana-mana kot..” bisik hatiku menenangkan fikiran. 10.50 pagi aku keluar lagi, menjenguk ke bawah. Aku mengeluh, “Mana ayah ni, kenapa tak inform nak gi mana…”. Teringat janji suamiku semalam untuk memotong rambutku, sebagai upah memotong kukunya semalam. Memang sudah menjadi kelaziman bagiku untuk memotong kukunya setiap kali pulang hujung minggu.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku bingkas bangun dan menjawab panggilan tersebut. “Hello puan, saya polis, boleh saya tahu nama puan” itu ayat yang mula-mula kudengar. “Encik nak bercakap dengan siapa?” tanyaku. “Puan, puan kenal Syaufik Effendi? Boleh saya tahu pertaliannya dengan puan?” Hatiku mula resah, “Saya Elna, isteri Syaufik, kenapa dengan dia?” Penuh sabar aku menunggu jawapan daripada pemanggil tersebut. “Puan, dalam bulan baik ni puan diharap dapat bersabar, tabahkan hati mendengar berita sedih yang saya nak sampaikan ni”. Badanku mula menggeletar, takut untuk mendengar berita yang akan disampaikan. “Suami puan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, dan dia telah pun kembali kepangkuan Allah”. Nafasku seolah-olah berhenti seketika. Ya Allah, betulkah apa yang kudengar? Wajah Anis Maisarah kutatap, air mataku laju terus mengalir. “Anis, macam mana kita ni Anis, ayah dah takde” . Aku terus menangis memeluk Anis. Anak kecil yang baru berusia 1 tahun 5 bulan itu pelik memandang ibunya menangis.
Ya Allah, besarnya dugaan yang Kau berikan kepada hambaMu yang kerdil ini. Ya Allah, aku tidak setabah mana untuk mengharungi dugaanMu. Aku hanya hambaMu yang lemah, yang masih memerlukan kasih sayang dari suamiku, Ya Allah.
Mak dan mama kuhubungi bagi menyampaikan berita. Mak yang ketika itu berada di sebuah pasaraya bergegas pulang untuk membawaku ke Hospital Serdang. Ketika tiba di hospital, jenazah masih belum tiba. Hatiku berdebar-debar menunggu. Beberapa kenalan Allahyarham kuhubungi. 15 minit menunggu, jenazah Allahyarham tiba menaiki trak polis bersama-sama motor yang ditunggangnya. Ya Allah, Engkau tabahkanlah hatiku Ya Allah. Luluh hatiku melihat sekujur tubuh diturunkan dari trak polis. Kuturuti jenazah, meminta kebenaran untuk melihat keadaan Allahyarham. Ya Allah, ini memang suamiku. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Aku beristighfar. Ya Allah, separuh dari kekuatanku kurasakan hilang. Kenapa semuanya terlalu pantas? Mengapa semua ini boleh berlaku? Lupa sebentar tentang ketentuanNya. Astagfirullah.
Kepada polis kuajukan soalan, apa yang sebenarnya terjadi? Polis terbabit hanya memberitahu bahawa suamiku kemungkinan tidak dapat mengawal motornya lalu melanggar ‘railing’ jalan dan jatuh. Aku hanya diam mendengar penjelasan.
Sebelum boleh dibawa pulang, post-mortem dilakukan bagi mengenal pasti kecederaan sebenar Allahyarham. Post-mortem yang dijangka bermula pada jam 2 ptg dan berakhir 1 atau 2 jam berikutnya, alhamdulillah dapat dijalankan lebih awal dan berakhir pada jam 2.30 ptg. Allah Maha Mengasihani, Dia permudahkan dan percepatkan proses tersebut. Selesai post-mortem, ahli keluarga terdekat mengambil keputusan untuk terus menyelesaikan semua proses pengurusan jenazah; mandi, kafan dan solat jenazah di hospital. Segala perbincangan serta perancangan telah diuruskan oleh Pak Su dan Cik Nasir. Allah Maha Besar, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Ramai saudara mara dan sahabat handai yang mengenali kami setia menunggu di lobi Bahagian Forensik sehingga tiba saat untuk menyembahyangkan jenazah. Aku juga berkesempatan berjumpa seorang hamba Allah yang telah menjumpai dan menolong Allahyarham selepas kemalangan berlaku; En. Hasmadi Hamdan. Hatiku sayu dan sebak melihat gambar yang diambil oleh En. Hasmadi ditempat kejadian. Allah Maha Mengasihi, Dia memilih seorang hamba Allah yang jujur untuk menolong. Semoga Allah membalas jasa hamba-hamba yang sudi menolong pada hari tersebut.
Selesai solat jenazah, aku sekali lagi diberi peluang untuk menatap wajah bersih allahyarham suami yang amat kusayangi. Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa suamiku. Sesungguhnya, sepanjang kami hidup bersama, suamiku adalah seorang suami yang sempurna buatku. Suami yang telah banyak membimbing dan mengajarku dalam banyak perkara yang selama ini aku lalai dan lupa. Suami yang telah membahagiakan aku sebagai isterinya. Ya Allah, suamiku juga seorang ayah yang tidak pernah alpa dengan tanggungjawabnya. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Air mataku mengalir deras. Tidak sanggup rasanya berpisah dengan orang yang paling kusayangi, paling kucintai. Tapi aku perlu ingat, seluas mana kasih sayang kita, Allah Maha Menyayangi. Allah lebih menyayangi allahyarham suamiku. Semua nikmat dan kasih sayang dunia hanyalah pinjaman yang suatu hari nanti pasti Allah ambil kembali.
Tepat jam 4.45 ptg, setelah mama dan abah tiba di hospital, kami bertolak untuk membawa jenazah pulang ke Triang, Pahang. 5 minit selepas bertolak, hujan mula turun, seolah-olah faham dengan perasaanku ketika itu. 3 jam perjalanan, kami tiba di Felda Triang 1. Jenazah dibawa masuk ke dalam rumah. Sekali lagi aku berkesempatan menatap wajah bersih itu. Ya Allah, hanya Engkau yang tahu perasaanku ketika itu. Aku duduk dihujung kaki jenazah suamiku, lantas menciumnya buat kali-kali terakhir. Janji Allah, syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. “Abang, maafkan dosa-dosa ibu pada abang selama ini ya” Aku tak pasti rintihanku boleh didengarinya atau tidak. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Selesai solat jenazah di rumah, jenazah dibawa pula ke masjid untuk disembahyangkan sekali lagi. Kemudian, jenazah di bawa ke tanah perkuburan Felda Triang 1 untuk dikebumikan. Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk berpisah dengannya Ya Allah. Hanya Engkau yang tahu betapa kuatnya, betapa utuhnya kasih sayangku terhadapnya. Tapi aku tahu Engkau lebih menyayanginya. Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa suamiku, lindungilah dia dari siksa kubur, jauhkanlah dia dari siksa nerakaMu Ya Allah. Ya Allah, semoga Engkau cucuri rahmat ke atas rohnya, semoga Engkau tempatkannya bersama hamba-hambaMu yang Engkau kasihi. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana memberiku peluang untuk merasai hidup bahagia bersamanya. Walau 4 tahun perkenalan, 2 tahun hidup bersamanya terasa begitu singkat, aku akur dengan janjiMu. Sesungguhya Engkau Maha Mengetahui. Amin.
* Untuk membaca pengalaman En. Hasmadi Hamdan visit bloghasmadi.blog.friendster.com
11 comments September 20, 2008
elnailyas
